Allah SWT telah menurunkan sebahagian Al Quran itu agar menjadi penyembuh kepada penyakit, sekaligus merupakan rahmat yang sangat luas bagi insan yang beriman. Siraman hujan yang menyuburkan tanah tersimpan rahsia yang sangat unik, tersebar dalam pelbagai jenis tanaman dan tumbuhan. Kemudian dari pelbagai ciptaan Allah SWT itu disertakan khasiat yang dapat menyembuh berbagai penyakit.
Kombinasi antara perubatan moden yang digali dari hasil kajian sumber alam dengan khasiat surah dan doa merupakan nikmat yang dianugerahkan untuk umat islam. Dengan rahmat yang besar ini meningkatkan lagi iman didalam jiwa seseorang, sekaligus menjadi penawar yang paling ampuh bagi kesihatan jasmani dan rohani. Berusahalah menggali hikmah khazanah Allah SWT dalam mencari formula yang terbaik sebagai penawar berbagai penyakit.
Semoga dengan sedikit ini menjadi panduan dalam mengubati berbagai jenis penyakit melalui pendekatan perubatan tradisional Melayu, doa-doa penawar dan kelebihan surah didalam Al Quran, insya Allah.
No comments:
Post a Comment